PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, July 17, 2017

Tujuh Janji HAR^PAN bukti Agenda Islam


 Puak Lebai kata janji 100 hari Pakatan Harapan takda agenda Islam.. Hadam molek.. 

1. Hapuskan GST 

Cukai haram dikenakan pada rakyat miskin.. Itu agenda Islam.. 

2. Stabilkan harga minyak 

Allah kurniakan minyak di bumi Malaysia untuk dinikmati hasilnya oleh seluruh rakyat, bukan untuk dibebankan dengan dijual dengan harga mahal.. Itu agenda Islam. 

3. Meringankan Beban Rakyat: Kerajaan wajib memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa tanpa bebanan kos sara hidup yg tinggi. Itu Agenda Islam. 

 4. Reformasi Terhadap Sistem dan Institusi Kerajaaan 

Perlu lakukan perubahan terhadap sistem dan institusi negara ini seperti sistem kehakiman atau perundangan, sistem pendidikan dan sebagainya agar lebih menjurus kepada keadilan dan kesejahteraan rakyat. Itu Agenda Islam. 

 5. Memerangi Rasuah 

Rasuah antara dosa besar dalam Islam dan wajib diperangi. Memerangi rasuah ialah Agenda Islam. 

 6. Menubuhkan Siasatan DiRaja Dalam Menyiasat Skandal 1MDB 

Setiap penyelewengan dan salahguna kuasa yang dilakukan apatah lagi yang membebankan rakyat walaupun melibatkan pimpinan kerajaan wajib disiasat dengan adil untuk diambil tindakan. Itu Agenda Islam. 

 7. Memulihkan FELDA 

Apabila didapati terlalu banyak penyelewengan dan salahlaku berlaku di dalam felda, kerajaan wajib menyiasat dan mengambil tindakan serta memulihkan kembali Felda kepada objektif asalnya untuk membantu warga Felda. Membantu rakyat yang teraniaya juga Agenda Islam. 

Agenda Islam bukannya sekadar sebat orang di khalayak ramai dan tebang balak.. Islam itu rahmat untuk semua.. Faham..??? ~ sumber

 Mari kita sama-sama mengundi Pakatan Harapan kerana terbukti  Agenda Islam memang ada pada Pakatan Harapan!
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

bagi puak pas islam tu hanya sebat bontot ajer gamaknya... tingkatkan ekonomi bukan suruhan islam agaknya islam pas suruh rakyat jd miskin... demikianlah pemikiran puak pas ni..

UP the Moderates said...

Kesian kepada pak lebai Pas..mereka masih rasa dendam, cemburu dan iri hati dgn pemimpin HARAPAN yang nak bina semula negara.

Dulu org ajak join PH, Pak lebai sombong! Skrg ni..apabila nampak HARAPAN sudah membangun bersama rakyat,mulalah..dengki, ckp yg bukan2!

Mereka hanya tahu agenda islam sebat dan rotan shj ka..? yang tak pandai urus tadbir negeri kelantan..cukai, banjir, sampah, balak, kena tipu ..
Apa cerita pak lebai? Itu agenda apa..pak2 lebai?

zarra said...

Pemikiran pemimpin Pas sangat berserabut.
Cakap tak serupa bikin. Lihat saja Kelantan selepas pemergian ATGNA agenda Islamnya bercelaru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...